Posts

Showing posts from April, 2020

Kreatif Ke Idok???

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai uollsπŸ™Š! Memandangkan sekarang nie tengah musim PKP so tengah bosan-bosan nie kita main edit-edit gambar sikit hahaha. Walaupun birthday sis da lepas tapi sis nak jugak letak πŸ˜†. Tengah musim covid-19 elok laa pakai mask selalu ye. Haa tu sis ada letak kat gambar bila je nak kena pakai mask. Sorry sebab editing gambar Fiqa fail sikit and tak berapa nak kreatif sangatπŸ˜†. Jadi kita edit mana yang mampu je hahaha. So Fiqa nak bagi nasihat sikit tengah musim covid-19 nie eloklah duduk kat rumah. Bagi kami yang dekat frontliner nie yang buat kerja ok. Alright, adios guysπŸ™‹! #westayatworkforyou #youstayathomeforus #stayathome #staysafe #kitajagakita

My Job ! Part 2...

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! Fiqa nak share sikit kerja di bahagian perkastaman. Bahagian perkastaman nie melibatkan import/eksport dan macam-macam lagi. Biasanya kerja nie Fiqa banyak keluar untuk checking barang-barang. Checking batu pejal Gambar 2, 3 dan video tu Fiqa pergi checking fabricated pipe. . Alright tu sahaja Fiqa nak share. Dah tak dan nak tulis panjang-panjangπŸ˜‚. Bye korang!

My Job ! Part 1...

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! Entri kali nie Fiqa nak cerita sikit tentang tempat kerja Fiqa. Tempat first Fiqa kena posting dekat Terminal Feri dan Marina Awam, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor bahagian Unit Khas Pemeriksaan Penumpang. Jauh terpencil kat hujung Johor. Tapi nak buat macam mana kan. Arahan kita tetap kena ikut. So layankan jela.  Alright, jom kita start! Ok inilah tempat Fiqa bertugas. Penumpang yang turun daripada feri atau bot akan lalu pintu masuk nie untuk ke balai ketibaan. Bila penumpang sampai je, mereka kena terus ke kaunter imigresen. Yang nie pula bahagian pemeriksaan kastam.  Kemudian, penumpang perlu memasukkan beg mereka ke dalam mesin pengimbas yang telah disediakan. Prosedur ini perlu bagi mengelakkan penumpang bawa masuk barang-barang yang berbahaya contohnya dadah. Sekiranya terdapat barang-barang yang mencurigakan, pemeriksaan lanjut akan dilak...

Makanan Tradisi Masyarakat Jawa Johor...

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai awak-awak semuaπŸ˜€! Entri kali nie Fiqa nak share makanan tradisi orang Jawa Johor yang paling famous.  ( Gambar : sumber Google) Ini namanya nasi ambang atau nasi ambeng. Dalam nasi ambeng nie ayam masak kicap, serunding, urap, mee goreng, ikan kering dan yang paling penting sambal goreng jawa. Biasanya nasi ambeng nie dihidang dalam dulang untuk dimakan 4-5 orang. Kebanyakan nasi ambeng nie dihidang di majlis-majlis macam kenduri arwah, yassinan dan sebagainya. So ini resipi cara nak buat nasi ambeng. Kalau rasa teringin nak makan boleh try buat ok.  Selamat mencubaπŸ˜ƒ! KREDIT: iCookAsia  https://www.youtube.com/watch?v=7EiSngrdahQ Dapatkan resepi penuh Nasi Ambang di: http://www.icookasia.com/nasi-ambang/

Khasiat Ulam-ulaman...

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! Entri kali nie Fiqa nak share sikit tentang kelebihan sayur ulam-ulaman. Semoga bermanfaat πŸ˜‡! Kredit: Facebook (MaVellous.my) Instagram (MaVellous_Official)

Corona Virus @ COVID-19

Image
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! So entri kali ini Fiqa nak share sikit pasal Corona virus ataupun nama lainnya COVID-19 yang sedang melanda bukan sahaja kat Malaysia malah satu dunia turut terjejas dengan virus nie. Info nie Fiqa dapat daripada Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Jadi mana yang ada masa terluang tu bolehlah rajinkan diri baca untuk tambah ilmu pasal covid-19 nie. Sebenarnya ada banyak lagi info pasal corona virus@COVID-19 yang korang boleh tengok dekat Portal KKM. Kebanyakan info yang KKM salurkan semuanya berbentuk infografik yang terkini, padat dan senang untuk difahami. Jadi kita pun tak perlulah susah-susah nak baca artikel panjang-panjang. Cukup sekadar kita peka dengan info dan arahan daripada pihak KKM dan kerajaan ok. Terima kasih sudi membacaπŸ˜‡. #stayathome #kitajagakita Rujukan: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) http://www.moh.gov.m...

Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Siri 1/2019 (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! Seperti yang dijanjikan, Fiqa akan share video-video Fiqa time kursus asas dulu. Lets, start! Video pertama nie video perarakan masuk kontinjen daripada platun-platun. Ala-ala sukan SEA gituπŸ˜‚. Nie laa pertandingan bola jaring yang dapat no.2 tu πŸ™Š.  Boomerang je mampu buat. Kang kalo rakam video Fiqa tengah smackdown orang, terkejut nanti korangπŸ˜‚. Latihan dikir barat untuk malam kebudayaan latihan medan. Kito ore joho kecek kelate nih biaso doh πŸ˜‚. Ini video kawad masa hari kejadian Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred Wk19 Siri1/2019. Kalau tengok betul-betul nampak laa muka Fiqa kat depan tuπŸ˜‚. Persembahan last kami masa atas padang kawad. Tak ingt pula namanya apa πŸ˜…. Tapi tak pe yang penting semangat tu ada😜. Sebenarnya ada banyak lagi video lain tapi semuanya dah missing in action😭. Tak dapat ditemukan. So, Fiqa letak mana yan...

Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Siri 1/2019 (Part 1)

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€! So untuk entri kali nie Fiqa nak kongsikan sedikit pengalaman Fiqa masa pergi kursus asas kastam selama 3 bulan di Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka (AKMAL). Jadi selama Fiqa kursus kat AKMAL nie kami belajar banyak benda tentang kastam contohnya akta-akta kastam, berenang, menembak, kawad, seni mempertahankan diri dan banyak lagi laa. So, LET' START! PENDAFTARAN Masa nie peserta kursus semua tengah mendaftar and kena buat spotcheck sebabnya pihak AKMAL tak nak kami bawa barang-barang terlarang macam rokok, benda-benda tajam macam gunting and shaver pon TIDAK DIBENARKAN sama sekali. So pandai-pandai laa nak cukur macam mana yeπŸ˜‚. MINGGU KAWAD Minggu kawad nie boleh dikatakan minggu yang paling mental sebab setiap kali nak pergi latihan ke makan ke kena baris and berkawad. Tapi tu semua sebab jurulatih nie nak jadikan kami seorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.  Paling best plat...

My Priceless Experience !

Image
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Hai semua πŸ˜€ ! So entri kali nie Fiqa nak tunjuk gambar-gambar latihan masa Fiqa join Wataniah dulu. Sebelum Fiqa kerja kastam, Fiqa pernah sambung degree kat Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dekat Nilai, negeri Sembilan. Fiqa amik course kaunseling but Fiqa kat Usim setahun je then berhenti sebab dapat kerja goverment. So masa Fiqa kat Usim dulu Fiqa ada join unit uniform Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) atau bahasa orang putihnya kita panggil Reserved Officer Training Unit (ROTU). PALAPES/ROTU nie terletak di bawah Rejimen Askar Wataniah (RAW). Bukan fully askar pon just macam askar simpanan laa gitu. Latihan dia masya-Allah macam askar betul dahπŸ˜‚.  Ok gambar-gambar yang Fiqa nak tunjuk nie semua gambar masa kami latihan berterusan (masa mid sem break) di Kem 21 GGK Sg. Udang, Melaka. ALRIGHT, LET'S START!         Masa nie mulut dok bezikir KOMANDO!KOMANDO!KOMANDO! je πŸ˜‚  ...