My Job ! Part 1...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Hai semua ๐Ÿ˜€!


Entri kali nie Fiqa nak cerita sikit tentang tempat kerja Fiqa. Tempat first Fiqa kena posting dekat Terminal Feri dan Marina Awam, Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor bahagian Unit Khas Pemeriksaan Penumpang. Jauh terpencil kat hujung Johor. Tapi nak buat macam mana kan. Arahan kita tetap kena ikut. So layankan jela. 

Alright, jom kita start!



Ok inilah tempat Fiqa bertugas.



Penumpang yang turun daripada feri atau bot akan lalu pintu masuk nie untuk ke balai ketibaan.



Bila penumpang sampai je, mereka kena terus ke kaunter imigresen.



Yang nie pula bahagian pemeriksaan kastam. 



Kemudian, penumpang perlu memasukkan beg mereka ke dalam mesin pengimbas yang telah disediakan. Prosedur ini perlu bagi mengelakkan penumpang bawa masuk barang-barang yang berbahaya contohnya dadah.



Sekiranya terdapat barang-barang yang mencurigakan, pemeriksaan lanjut akan dilakukan.



Sekiranya semua proses telah selesai penumpang dibenarkan masuk ke dalam Malaysia.


Alright tu je Fiqa nak kongsi serba sedikit kerja Fiqa di bahagian penumpang.

Terima kasih sudi membaca๐Ÿ˜‡.










Comments

Popular posts from this blog

Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Siri 1/2019 (Part 1)

My Job ! Part 2...

It's Me !