My Priceless Experience !

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Hai semua πŸ˜€ !

So entri kali nie Fiqa nak tunjuk gambar-gambar latihan masa Fiqa join Wataniah dulu. Sebelum Fiqa kerja kastam, Fiqa pernah sambung degree kat Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dekat Nilai, negeri Sembilan. Fiqa amik course kaunseling but Fiqa kat Usim setahun je then berhenti sebab dapat kerja goverment.

So masa Fiqa kat Usim dulu Fiqa ada join unit uniform Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) atau bahasa orang putihnya kita panggil Reserved Officer Training Unit (ROTU). PALAPES/ROTU nie terletak di bawah Rejimen Askar Wataniah (RAW). Bukan fully askar pon just macam askar simpanan laa gitu. Latihan dia masya-Allah macam askar betul dahπŸ˜‚. 

Ok gambar-gambar yang Fiqa nak tunjuk nie semua gambar masa kami latihan berterusan (masa mid sem break) di Kem 21 GGK Sg. Udang, Melaka.

ALRIGHT, LET'S START!


        Masa nie mulut dok bezikir KOMANDO!KOMANDO!KOMANDO! je πŸ˜‚    
    
 Part nie memang rasa terhuyung-hayang atas tu sebab gayat haha. 

 Walaupun kat bawah tu ada jaring tapi masih lagi rasa tak selamat sebab terlampau takut jatuhπŸ˜‚

 Yang ini pula tak de laa rasa takut sangat sebab ada tali kiri kanan nak paut hahaha.

Yang nie pon ok je tapi rasa waspada tu tetap ada πŸ˜† 

Fiqa paling takut yang ini laa sebabnya dah laa crawl pakai 1 tali je lepastu tak de jaring. Kalau jatuh memang terus jatuh dalam air. Tapi alhamdulillah berjaya jugak πŸ™Š 

Yang tarzan swing nie Fiqa agak kecewa sikit sebab 1st try dah jatuh. Buat kali ke-2 baru berjaya. Kira okla kan lepas semua haha.


Ok gambar-gambar yang korang tengok kat atas tadi tu namanya HALANGAN TITIAN KETABAHAN. Kalau tak silap Fiqa titian ketabahan tu macam salah satu latihan basic untuk pelatih-pelatih komando. Sepanjang Fiqa buat latihan kat titian ketabahan tu mulut tu tak henti sebut KOMANDO!KOMANDO!KOMANDO!haha. Sebab memang jurulatih suruh sebut mungkin salah satu sebabnya tak nak bagi kami rasa takut bila kat atas tu. Hakikatnya Fiqa tetap rasa takut sebab Fiqa memang gayatπŸ˜‚. But alhamdulillah Fiqa berjaya habiskan semua halangan tu.

Pengalaman yang Fiqa dapat nie sangat-sangat berharga sebab tak semua orang dapat peluang untuk buat latihan dengan komando-komando kat sini. Jurulatih pon semua baik-baik. Jadi pada adik-adik yang nak masuk universiti nie join laa palapes sebab banyak pengalaman and benda baru yang korang dapat belajar.

Sekian ini serba sedikit je yang dapat Fiqaa kongsikan. Thanks sudi bacaπŸ˜‡.









































Comments

Popular posts from this blog

Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Siri 1/2019 (Part 1)

My Job ! Part 2...

It's Me !